Sunday 21 August 2011

Pecah Idea - Hebat Tak?

Assalamualaikum. Kali ini gua nak share satu video. Kejadian ini berlaku di Vietnam pada tahun 2003 (mase darjah 5 bagi yang lahir 1992). Korang mesti tak sangka kan bende nie pernah dilakukan oleh orang Malaysia? Tapi serius bende nie gua tengok Live kat TV pasal mase nie, kejadian dia berlaku di luar negara.

Secara tak langsung, gua nak share kehebatan orang Malaysia. Sama2 saksikan.


Hahahaha. Korang yang dah tengok tak sangka kan? Gol ini dijaringkan oleh penjaga gol malaysia, Samsuri Mustafa, sekarang beraksi untuk pasukan T-Team. Kini beliau juga memakai topi keledar seperti pete Cech.

Dalam perlawanan tersebut, Malaysia tewas kepada pasukan tuan rumah, Vietnam 3-5 pada peringkat separuh akhir. Namun , ia menjadi kenangan manis buat penjaga gol Malaysia ketika itu yang langsung ditemu ramah wartawan TV3 setelah tiba dari KLIA meskipun kekalahan terpaksa dilalui para pemain dan seluruh warga Malaysia yang memberi harapan tinggi kepada pasukan negara. Hal ini demikian kerana sememangnya pasukan Vietnam adalah antara pasukan duri dalam daging di Asia Tenggara selain musuh tradisi, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Selepas menonton gol tersebut, gua teringat kebolehan david beckham yang buat jaringan dari tengah padang untuk manutd dan Xavi Alonso untuk pasukan Liverpool mase lawan newcastle . Gua pikir balik, bende nie orang Malaysia dah buat, so jangan sampai tak tahu. Oke babai.

Lampiran :


    Baju biru 22 uh Syamsuri Mustafa, baju merah Sharbinee. Dua2 dah merasa main team Malaysia. Syamsuri Mustafa pakai helmet macam Cech tapi gua tak jumpe gambar dia pakai helmet uh.

1 comment: