Saturday 20 August 2011

Pecah Idea - Bezanya Kita Dengan Dia (Part 3)

Assalamualaikum. Apa khabar? Selamat sejahtera kepada rakan2 blog double gila remaja, setom <3, chad , chin , (tak ingat nama) yang sudah lama menyepi tak mengupdate blog. Satu hari satu post lah. Baru lah nampak aktif bebenor. Oke gua nak sambung. Mungkin nie part last kot dalam edisi bezanya kita dengan dia. Oke kali ini gua nak sambung cerita pasal bezanya budaya kita dengan dia.

1)Wanita Tempatan
Oke, jalan mana2 pun mesti tak kira laki atau perempuan mesti perhatikan gerak geri wanita2 tempatan tapi bukan dok mengusha . Hahaha. Apa yang lain pasal wanita2 di sana? Banyak bezanya.
Pertama, wanita2 tempatan di sana dikehendaki memakai purdah. Sebab utamanya kau tak tahu kenapa tapi berdasarkan temuramah bersama orang2 sana, diorang cakap pasal sana kan berpasir, tak elok nanti muke rosak kene pasir. Ada pendapat lain pulak cakap bagi menjaga kesucian wanita tersebut bagi mengelakkan lelaki tergoda. Maklumlah wanita2 di sana serius cantik+hidung mancung. Ada juga mengatakan itu adalah arahan daripada pemimpin diorang dan ada juga mengatakan itu lah budaya diorang. Fuh, banyak sangat pendapat yang mana satu aku nak dengar dan nak percaya? Kalau kat malaysia korang bandingkanlah sendiri. Ko keluar rumah je ko boleh lihat anak2 gadis tempatan berjulur2 rambut menunggu api neraka membakar di akhirat. Sori, gua hanya memberi pendapat.Terpulang pada korang menilai dan membandingkan sendiri agar lebih matang.

Tapi gua positif jelah, bagi gua, mungkin gua rasa itu adat diorang. Wanita2 disana termasuk wanita dari negara lain includes Malaysia tidak boleh sama sekali berjalan seorang diri. Bahaya dan dikhuatiri akan diculik oleh lelaki2 arab di sana. Aik, sampai begitu sekali? Ada pendapat mengatakan mereka masih mengamalkan budaya2 jahiliah yang diwarisi dari nenek2 moyang mereka. Fuh serius gua pening dan tak paham langsung ada lagi trend macam nie. Let say kalau nak shopg pun at least kene berdua orang (biasa suami isteri). Kalau tak pun ramai2 wanita.Ada lelaki mungkin lebih selamat. Kalau ada satu group nak menaiki teksi, hendaklah kaum adam memasuki teksi dulu diikuti kaum hawa, manakala kalau nak keluar teksi, kaum hawa keluar dulu baru kaum adam. Rasionalnya nak elakkan kejadian orang tempatan membawa lari wanita2.

Fuh, selain tuh, memang jarang sekali aku nampak wanita2 tempatan berjalan membeli belah tanpa muhrim. Mesti ada muhrim. Kalau kat malaysia, anak2 mara main keluar tanpa pengetahuan ibu bapa? Wanita2 tempatan juga dilarang sama sekali memandu kenderaan di jalan raya. Macam macam gua tengok peraturan pasal wanita diorang. Tapi mungkin ada sebab2 tertentu kan? Kat sana pun jarang sekali gua rasa (memang takdelah) kaum hawa tempatan bekerja di toko2 atau kedai disekitar sana. Ada pendapat mengatakan wanita tak dibenarkan bekerja? Aku pun hampir percaya sepenuhnya kerana wanita kat sana dikatakan hanya duduk dirumah dan mengasapkan dapur. Kalau kat Malaysia, kalau pemimpin kita buat macam uhh aku rasa dalam masa 2 jam dah kene guling.

Kahwin? Wanita2 kahwin kat sana perlu ikut kehendak keluarga. Bukan macam style orang kita kahwin ikut kapel masing2, kalau tak restu gi seberang. Kat sana tak boleh, wanita betul2 dijaga. Mungkin ramai orang melayu kita cakap nak kahwin ngn wanita arab tapi ada satu fakta yang gua nak share, gua ade mendengar pendapat bahawa wanita tempatan langsung tidak akan dikahwinkan dengan lelaki2 asing bagi range umur 15-40 tahun? Gua dengar pun gua kecewa. Tapi bukan apa, pasal diorang benar2 menjaga keturunan diorang. Mungkin diorang tak suka istilah mixed atau pan asian dalam keluarga diorang kan? Kalau dah umur 40 tahun korang masih nak? Pandai2 lah korang nilai sendiri.Kalau kat malaysia, sapa kahwin ngn mat saleh itu yang dibanggakan? dan siapa yang pan asian dialah hot stuff kat tempat diorang. Terpulang pada pandangan korang.

Bila sentuh bab poligami, sana bukan masalah. Kahwin 4 bukan masalah. Bini tua tak leh larang malah bini tua yang akan hantar suami pi kahwin ngn bini muda. Gua dengar gua bangga tapi gua tak dapat nak bayangkan kalau adat tersebut diamalkan di Malaysia, Kat sini nak kahwin dua pun sorok2 , kalau tak berlaku lah perang dunia ke empat belas. Bagi gua, gua pegang pada satu prinsip, nak kahwin lebih biar adil, kalau cakap nak kejar yang sunah, yang wajib kene penuhi dulu baru . Berjalan satu keluarga besar bersama keempat2 bini dan anak anak adalah perkara biasa, kalau kat malaysia, ade ke madu nak buat macam uh??Hahahaha.

Sepanjang dua minggu gua kat sana, gua langsung tak nampak rambut wanita bukan muhrim. Tapi, masa gua nak balik, gua dah mula nampak wanita2 tempatan free hair di sekitar airport . Kesemua mereka menuju keluar negara termasuk malaysia.

Cerita best gua nak share mase perjalanan pulang, gua tengok wanita2 arab memang berpurdah, tapi masa gua dalam kapal terbang, diorang dah mula berani bukak purdah. Gua tak tahu lah panas ke, hati tak ikhlas pakai ke, yang pasti terserlah kecantikan mereka. Hidung mancung dan muka manis. Ade sorang gua tengok muka bangun tidur tapi still nampak kiut? sorry gua bukan ikutkan nafsu tapi gua buat pemerhatian.Kat situ terserlah lah wanita2 sana memang cantik. Nak compare ngn orang sini? Tak payah lah. Pandailah menilai.

Paling gua tak boleh belah, gua ada perasan satu mak ngan anak free hair, dekat airport nak naik kapal terbang gua tengok diorang pakai baju batik ala ala malaysia yang labuh uhh. Tapi bila sampai landing kat KLIA, gua tengok diorang sume dah pakai suar pendek dan berpakaian ketat. Wow, betapa tak ikhlasnye diorang dan gua pun terkedu sementara. Masih ada ekh yang pesen macam nyh? Hahahaha. Kalau kat malaysia, gua no komen ekh....

2)Pakaian.
Oke, pakaian gua nak cerita. Kat sana mostly pakai jubah. Dari drebar bas, teksi sumenye pakai jubah. Peniaga bejubah, penjual makanan pakai jubah dan nak jalan2 pun pakai jubah.
Tapi gua tengok orang arab suka pakai baju bola beserta nama pemain kegemaran di belakang. Yang gua nampak, diorang pakai baju al-itihad (kelab arab) ada nama hazzazi (top player kot). Ade gua nampak pakai baju arsenal (van persie) dan inter (materazi). Hahahaha. Memang dua peten yang banyak gua tengok. Satu pakai jubah, satu jersey bola. Tapi yang kerja2 kat sana ada laa uniform diorang. Takkan nak kerje sapu sampah pakai jubah jugak? Takkan nak buat bangunan pakai jubah jugak? yang penting tutup aurat.

Kalau kat malaysia, korang bandingkanlah sendiri kan. Banyak fesyen, pakai kemeja, singlet (dalam stadium) , jersey dan macam2 lah. Kalau jumpe orang pakai jubah kat sini kene cap alim. Macam- macam.

3)Lain-lain
Oke, kat sana pegangan agama kuat. Azan je kedai tutup sume gi masjid dan solat. Kalau yang tak ke masjid, mungkin mereka solat di tepi2 jalan. Bende uh biasa. Masjid2 kat tengah2 padang pasir pun beraircond dan tandasnya cantik2 belaka. Selesa untuk melangsaikan hutang di tandas dan kemudian beribadah.

Kereta? kat sana kereta2 sume murah2. Ford , Honda, MPV harga SR 60,000 = RM 52,000. Serius shit murah tapi stering diorang kat kiri pasal diorang bukan negara komenwel pakai stering kat kanan. Dah beli bukan boleh terus bawa ke malaysia, kene tunggu bape tahun tah(orang cakap).

Bahasa komunikasi bahasa arab. Sana orang tak geti sangat cakap Inggeris jadi evem MUET band 6 korang simpan jelah bahasa uh, Sana NEGARA BANGSA pasal uh diorang cakap bahasa diorang. Aku nie nasib baik ade basic arab paham lah siket2. Gua paham HALAS=oke,baik,settle.




Oke,, gua rase dah banyak share, so harap korang dapat apa yang aku ceritakan. Nampak kan betapa Bezanya Kita Dengan Dia. Jumpe pada next post. Sekian . Salam :D


Lampiran :

                      Wanita di negara arab memakai purdah namun sebabnya aku masih tak jelas.
                                        Jubah adalah pakaian rasmi mereka. Kalau kita baju melayu.
Ini nama dia Hazazi. Top player al-itihad. Budak2 kat arab minat dia gamaknya.
STC uh syarikat telekomunikasi. Kalau simkad maxis tak tukar jadik STC kat sana. 
Yang nombor arab aku pakai namanya ZAIN.
                       Kereta nie banyak gile aku nampak. Jalan jauh kat padang pasir kene pakai kereta yang kuat2.

4 comments: