Friday 19 August 2011

Pecah Idea - Bezanya Kita Dengan Dia (Part 2)

Assalamualaikum, apa khabar? Hahaha. Oke, ramai dah bising nak bace part 2. Bukan apa, nak kira banyak sangant perbandingan yang aku nak buat, so aku limitkan satu part kepada 3 perbandingan yaa..Seterusnya....

1)Minuman
Oke, sekarang aku nak cerita pulak pasal minuman kat negara arab. Kalau kat negara arab, kita takkan jumpe langsung air dijual kordial. Apa yang mereka minum kebanyakannya ialah air jus dan air berkarbonat a.k.a air gas. Betul ke? Mungkin korang rasa bab minuman nie remeh siket tapi tujuan aku cerita pasal minuman ialah kalau korang duduk kat negara arab, korang jangan harap nak minum air sirap bandung, teh o ais limau atau air tembikai susu yang ade di jual kat tepi jalan. Apa yang pasti kalau korang jalan kat mane2 mesti ada jual air mineral SR1 sebotol. Yang pasti air manis yang sedap kat sana ialah air jus. Jus dia lain dari yang lain. Dari kapal terbang sampai ke kedai2 di sekitar hotel, jus paling sedap ialah jus epal. Lepas uhh banyaklah air2 gas seperti pepsi, coke, mountain dew dan paling tak boleh belah air gas perisa cerry. Aku rasa jenis air manis tuh jelah yang ada dijual dan mudah dijumpai. Bukan apa , kalau kat malaysia korang nak minum abc special awet koner, cendol pak sudir lempoyang ditambah durian dan ice blended jagung atau buah-buahan amat mudah diperoleh. Ice blended kat arab pun ada tapi boleh tahan 97% original cume bagi aku aku prefer more ice blended buah2an kat Malaysia lebih laa dari kat arab.

2)Bangunan
Seperti sedia maklum, negara arab adalah negara yang bergurun dan berpadang pasir yang kering dan panas.Kawasannya berbatu2 dan berbukit bukau tapi kalau aku nak cakap, diorang pun ada cara tersendiri nak majukan bangunan2 kat sana. Mungkin kita bangga dengan bangunan KLCC, KL Tower dan bangunan Tabung Haji . Ya aku akui aku bangga tapi aku juga bangga dengan bangunan bangunan kat negara arab. Kenapa aku bangga? Oke cuba kau bayangkan kat negara arab, kawasan2 sempit macam kat petaling street dan bazar karat kat Malaysia, diorang boleh bina bangunan tinggi2 16-20 tingkat.  Pelik tak? Mungkin korang tak percaya tapi itulah hakikat yang sebenar. Oke, kalau tak percaya, cuba korang bayangkan korang tengah berjalan kat Jalan TAR KL, atau Jalan Abdullah Tahir, JB,korang tengah shopping2 kat sana, korang nampak lori angkat simen, trailer panjang 24 tayar angkat barang2 hardware lalu sebelah korang? Haa macam uhh laa. Lepas uh , dengan kesempitan kawasan2 seperti itu, diorang mampu membina  bangunan tinggi 16-20 tingkat. Kalau kat Malaysia, jalan2 macam uhh korang cume jumpe paling tinggi pun 4-5 tingkat. Lepas uhh dengan selamba KATO lalu angkat barang kat tempat2 sempit macam uhh? Amazing tak?


Kawasan berbukit yang berbatu juga diorang letupkan untuk bina kawasan perumahan. Rumah2 memanglah tak banyak macam kat malaysia, pasal kita banyak rumah macam kondo dan sebagainya. Tapi, korang bayangkan, dari kawasan yang berbukit batu besar2 diorang letupkan jadik kawasan tanah rata untuk bina perumahan. Rumah2 agak berterabur, mungkin itu budaya diorang dan bumbung diorang rata pasal sana kan kurang hujan. Kalau kat Malaysia, kawasan perumahan di Malaysia lebih tersusun dan teratur kerana kita guna dan ikut macam apa yang tamadun Indus buat (rasenyelah) yang mana diorang buat perumahan tersusun dan cantik.


Kalau kat restoran di Malaysia, ada restoran mamak, mat tomyam dan steamboat yang bagainya untuk korang lepak, makan bersama rakan dan keluarga, duduk sampai subuh sambil tengok bola, tapi tidak di negara arab. Restorannya hanya menyediakan makanan di sekitar kaki lima, beli and take away. Tak kira lah korang makan kat mana2 tak de sape nak marah . Kaki2 lima kedai dan hotel adalah tempat makannya. Sikit je kedai yang menyediakan ruang makan itupun yang elite2. Makan pun kat bawah tanah. Bayangkan kat malaysia macam tuh, dah macam pelarian. Kalau korang bijak dan pandai, korang fikirlah secara matang dan rasional kenapa diorang buat style macam tuh? Tak kira Broast mahupun KFC. HAHAAHA


3)Cuaca
Wah, sedia dah maklum, Cuaca kat arab memang panas. Tapi panas dia dengan panas kita memang lain. Bagi aku, Allah Maha Adil dalam menentukan iklim2 dan cuaca di dunia. Oke, kita revison balik Geografi PMR, Iklim di Malaysia ialah Panas dan Lembab sepanjang tahun tapi Iklim kat Arab ialah Panas dan Kering sepanjang tahun. Suhu biasa kat Malaysia ialah 27°C hingga 34°C, itu pun kalau dah 34-35, orang kita dah menyumpah2 panas, beli aircond dan sebagainya. Tapi korang tahu tak, suhu purata kat arab kalau musim panas ialah antara 45°C hingga 50°C. Panas tak? HAHAHAHA. Tapi apa yang aku kagum, panas2 kat sana aku langsung tak berpeluh. Aku langsung tak pakai deoderant dan bedak dan paling pasti aku langsung tak pakai pencuci muka . Muka tak berminyak dan badan tak melekit pun. Cuma aku pakai sabun pasal nak badan bau wangi lah. Kalau kat malaysia, cuaca 30°C pun kita akan berpeluh, muka berminyak dan sebagainya. Pasal uhh aku cakap Allah Maha Adil pasal kita tak panas sangat tapi berpeluh . Diorang sangat panas tapi tak berpeluh langsung. Memang dah panas2 uhh kene minum air banyak2, biar stabil badan dengan cuaca. Uhh yang dah panas uhh sedap jeq kalau nak bedal air gas , air jus dan aiskrim.


Oke, mungkin sampai sini dulu yup part 2. Korang nilai sendiri lah beza tak beza diorang dengan kita. Kita jumpe dalam part 3 yang aku rasa mungkin part akhir, aku akan bezakan dari segi wanita, pakaian dan sibgdh. hehehehe. Chow


Lampiran :




           Oke, gua nak cerita ini antara air mineral yang banyak dijual kat mana mana di sekitar arab. Harganya SR1.
              Mostly, kat arab jual pakai botol kaca. Jus nie serius sedap , kat giant tak de. Harga kat sane SR3.


        Haa, yang epal tuh favorite, serius sedap, yang nie aku start minum dari kapal terbang sampai lah ke sekitar hotel. Harga SR 5. Sesuai minum bersama semasa makan ayam golek.
           Ini yang common kat Malaysia. Boleh lah tapi yang arab punye sedap lagi.
                                              Mountain Dew cap arab. harga sekitar SR2.
                                          Pepsi cap arab. Dijual dimana mana. harga SR 2







                   Oke, cuba kau bayangkan tempat sempit macam nie, tiba2 ada lori2 construction lalu sebelah korang. bangunan di sekitar ini tinggi sekitar 16-20 tingkat dan kebanyakkannya adalah hotel2. Bawahnya tempat membeli belah. Tambahan pula, kawasan ini berbukit bukau bukan tanah rata macam kat Malaysia.

                                               Aku bandingkannya dengan Petaling Street.


                                             Ini dia punya pemaju. Monopoli kot.





               Kawasan Padang Pasir yang panas , namun perasaan bercampur baur antara panas dan sejuk ketika di sana.


                       Satu fakta penting, kalau hujan je di negara arab, Banjir. Kerana kat sana tak de parit. Diorang pun hujan setahun sekali dua je. Jadi, hujan itu rahmat bagi mereka .

No comments:

Post a Comment