Thursday 18 August 2011

Pecah Idea - Bezanya Kita Dengan Dia (Part 1)


Assalamualaikum, apa khabar? (ayat gua awal2 memang sama) Selamat berpuasa kepada rakan-rakan. 
Dalam kepenatan yang agak melampau, gua nak cerita sesuatu. Alhamdulillah seumur hidup aku, aku pernah pernah sampai ke Arab Saudi. Negara Arab. Mungkin ada yang pernah dengar cerita gua tapi kat sini gua nak buat perbandingan sedikit antara budaya kita di Malaysia dengan budaya diorang kat sana.
Oke, gua nak cerita dari awal sampai akhir.

1)Flight
Dalam kapal terbang, gua pergi naik Saudi Airlines. Gua pernah naik kapal terbang Malaysia Airlines. Apa yang gua nak bandingkan, makanan kat SA lagi sedap kot. jus pun sedap compare dengan jus MAS pasal jus kat SA gua tengok cume ade kat arab. Gua usha2 carik jus yang gua minum takde jual kat Malaysia.Tapi gua tak sure apa yang gua makan. yang aku tau ada ayam dan mee.

Kemudian, pramugari arab lebih cun2 dan lawa tapi muke diorang masam2 kalau gua tengok. susah nak senyum. nak compare dengan pramugari MAS pun cantik2 jugak tapi mereka jauh lebih manis kerana gua tengok pramugari MAS akan senyum bila beri layanan.
Bila dah landing kat airport, sebagai tetamu gua tak dibenarkan turun kapal terbang dulu. Pasal kene utamakan tuan rumah dulu. Takpa lah, gua datang tempat orang gua kene lah respect kat negara orang, Tak kan nak buat budaya turun bas balik sembahyang jumaat masa kat sekolah dulu kan? bezanya, kalau kat KLIA, sapa nak turun dulu ikut suka hati lah. Takda sape nak marah. kau foreigner ke, kau PR ke, kau warganegara ke, kalau kau rasa nak lambat2 turun flight sambil usha nombor telefon stewardess pun takpa. Tapi cube lah usha no tepon stewardess arab kalau dapat gua bagi respect tinggi gunung ledang.

2) Airport
Bila dah turun pulak, tetamu tak boleh cop pasport dulu pasal kene utamakan orang diorang dulu. Gua pun tak pasti. Kalau kat Malaysia siapa cepat dia dapat. Then, kalau kat malaysia senang je pasal letak pasport kene cap jari kat mesin. tapi bila datang tempat orang kene beratur tunggu imegersen dia cop. uhh yang lama siket kot kandas. Bila beratur pulak orang dia boleh potong que kita. Itu memang undang2 dia. Kalau kat malaysia kita buat tak kene bullshit , jari tengah dan sebagainya?
Tempat scan pulak beza laki perempuan. Yang nie bagus. Kat malaysia campur je. Hahahaha. Tapi polos yang check uhh ikut jantina lah. Tak delah dengar kes2 pencabulan pulak kalau di mana-mana pun nanti. Kalau ade ura-ura nak buat kat Malaysia nanti mulalah NGO sana, NGO sini melenting cakap hak itu hak ini dicabuli. Harem..

3) Makanan
Kalau makanan , gua rase makanan kat sane memang sedap2 belaka tapi tak dinafikan banyak perbezaan sebenarnya. Apa yang gua nak cakap, makanan kat negara arab mostly kering2 dan tak berkuah. How was that? Ok korang mesti pernah dengar nasi arab kan? Korang rase apa yang ada kat situ? Yang ada cumalah nasi berwarna kuning ala2 beryani + ayam goreng + ikan goreng dan kayu cengkih yang amat banyak serta lada yang macam baru dipetik dari pokok. Indeed, kalau kita tengok makanan kat malaysia sume nak berkuah. Nasi beryani kuah kari dalcha, ayam masak merah dan sebagainya. Makan nasik paprik kat msia pun siap bagi sup.  Kiranya orang arab kalau makan nasik suke pakai dulang. Diorang biasanya makan satu dulang 2 orang sahaja sedangkan kalau orang malaysia makan pakai dulang sampai 4-5 orang. Kalau setakat kambing seekor diorang mampu habiskan oleh hanya 7 orang sedangkan kalau kat malaysia seekor kambing boleh buat kenduri satu kampung.


Next kat arab ada kebab tapi kebabnya hanya kebab ayam. sungguh berbeza dari segi kebab di malaysia. Kebab kat negara arab bulat, ianya digulung bersama ayam dan sayur, tiada sos dan hanya mayonis. Sedangkan kalau kebab kat Malaysia berbentuk macam poket doremon, berdaging atau ayam serta bersayur, ada sos dan penuh dengan mayonis. Boleh tahan sedap jugak lah tapi aku prefer more kat kebab di malaysia, Bukan apa, bila duduk negara orang kenelah makan makanan diorang, takkan nak carik sambal belacan dengan ulam jugak kan?


Yang ini special, kalau kat arab, aiskrim dijual kat merata-rata tempat.Tak kira lah, padang pasir atau padang rumput mesti ada. Serius aiskrim kat sana sedap2 belaka. Kalah segala aiskrim tahap dewa kat malaysia. Korang bayangkan satu cup harganya SR3= RM2.40 . Kalau satu kon pula SR1=RM0.70. Kalau korang tanya siapa pernah sampai sana, korang tanyalah aiskrim sedap kan? kalau sapa cakap tak sedap hanya Allah yang tahu. Aku tengok orang tua dari malaysia kat sana yang pakai ubat semput kat malaysia pun siap menjamah aiskrim secara puas gamaknya seperti orang muda-muda. Baskin robin tetap ada tapi mahal. Baik makan yang dijual biasa2. Nak compare kat malaysia , aiskrim banyak dijual oleh mat bangla melalui motorsikal. Nak cakap sedap memang lah sedap tapi serius jauh beza dengan aiskrim kat sana.


Bila part ayam, ayam memang sedap. Ayam golek ada, roast chicken ade, roast barbeque pun ada. Tapi semua itu aku dah jumpa dan dah melantak kat malaysia gamaknya. Itu pun kat sana aku bedal jugak banyak2 kerana sedap2. Cuma as what I told before, takda lah kuah dan kering semata-mata. Sos ada tapi tomato. Layanlah sedap jugak. Tapi kat sana , aku cuba sesuatu yang baru. BROAST. apa dia uh? satu jenis makanan yang ada 4 ketul ayam goreng (bukan ayam goreng biasa) + ada kentang goreng + dia bagi chapati kering takda kuah. Sos tomato juga diberi. Ala-ala western macam kfc tapi lebih sedap dari kfc atau makdi. Harga nya pula SR13= RM10. Cuba kau bayangkan ayam 4 ketul tambah kentang tambah 2 keping chapati harga sekitar rm10, dapat ke kat malaysia? Itulah bezanya.



Oke, nanti gua sambung part 2 akibat seorang rakan yang sudah merungut kerana tak update blog. Alangkah Bezanya Kita Dengan Dia . Salam

Lampiran :



       Malaysian Airlines System dan Saudi Arabian Airlines ; 2 entiti yang berbeza tetapi menyediakan motif perkhidmatan yang sama, Namun, masing2 memiliki gaya yang tersendiri dalam menampilkan servis dan perkhidmatannya.



            Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan International Airport Jeddah, menerima pelbagai penerbangan dari serata dunia, namun Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur jauh lebih baik dari airport di Jeddah.



   Yang nie namanya Broast, 4 ketul ayam goreng + kentang goreng + chapati. Dimakan kering tanpa kuah.


                Yang nie namanya Nasi Arab, dimakan kering, ada ayam, ikan, lada, dan sayur sayuran yang tak dimasak. dalamnya banyak sekali kayu cengkih. rasanya banyak dijual di Malaysia. carik lah.




  Gini lah rupanya saiz aiskrim cup dia. Serius best ever ice cream yang aku pernah makan kat dunia.



                                        Bentuk rupa kebab yang lain dari kebab di Malaysia

2 comments:

  1. kebab die xsedap ke pak...?
    cam enak jee...

    ReplyDelete
  2. ada aku cakap tak sedap ke?
    kan aku cakap aku prefer more kebab kat malaysia. pasal ada sos dan tak kering.
    kebab kat arab kering+mayo+ayam potong tapi leh tahan sedap n boleh layan.

    ReplyDelete