Tuesday 16 August 2011

Pecah Idea - Alangkah Nikmatnya

Assalamualaikum, jumpe lagi dalam post yang seterusnya. Akibat idea yang mencurah-curah, tidur pun tak dapat nak dilaksanakan. Biasalah, aku teringat pesanan ketua pengawas kita, bro Shazmin. Dia cakap nak berjaya kene selalu bermonolog. Oke, gua nak cerita sesuatu. Tapi ini bukan ceramah agama. Mungkin ini sesuatu yang seronok untuk aku kongsikan.Cuba hayati dialog ini...

(gua mesej arol suatu masa dahulu)
Bapak: Arol, jom tengok bola.
Arol   : Takda duet.
Bapak: Aik, mintaklah FAMA.
Arol   : (terus tak balas)

 Mungkin kau faham apa yang aku nak sampaikan? Masalah yang sentiasa membelengu masyarakat sekalian. Tak kira dari baru lahir sampai nak sakaratul maut. Kadang2 dah mati pun masalah tak selesai dan langsai. Masalah kekurangan duit. Sebenarnya aku pun kadang-kadang pening, aku tengok ade orang jenis 24/7 kerje nak mati, dari pukul 12 malam jadik jaga kat kilang ternak pacat dan kambing biri-biri, pukul 5 off. Pukul 6 masuk kerje office sebagai kerani syarikat kayu baseball dan barang2 skate. Pukul 3 petang off. Pukul 5 sampai 12 malam kerje kat kilang buat cadar dan sarung bantal. Kalau off day pun amek upah perah susu unta dan sembelih tenggiling. Semuanye pasal nak carik duit. Tapi tak pasal2 malam malam tengah tidur ada orang ketuk pintu suruh bayar hutang. Padahal duduk bujang, rumah sewa mak bayar, topup pun mak taja sebulan rm30.Aik? Kadang2 aku pelik mana duet dia pergi? nak cakap berjudi tak jugak pasal muka alim pakai serban tapi hutang banyak.

Oke, mungkin itu sekadar realiti, bukan aku nak nafikan kadang2 ada orang gaji puluh2 ribu pun tengok rumah dia kene lelong, tarik kereta, kereta kene simbah cat kaler violet, bom petrol dua kali meletup.

Kat sini aku nak persoalkan. Adakah sebenarnya duit yang banyak itu akan membawa kenikmatan yang benar-benar nikmat? Dan bagaimana sebenarnya nak capai nikmat tersebut?

Oke, gua ade satu cerita menarik. Bende ini betul2 jadik kat aku masa tahun 2010. Ingat, ini bukan iklan MLM atau Downline Infinity atau login facebook dapat 100 sehari.

Mase aku kat PLKN, aku ade lah bawak duet poket dalam rm100. tuptaptuptap gua jenis boros membeli minuman 100plus setiap hari selepas berkawad dan aktiviti riadah akibat kepenatan yang melampau. Check2 dekat minggu akhir nak tamat latihan tuh tinggal rm30. Aku terus takut tak ada bekalan wang untuk meronggeng selepas tamat latihan. Jadi gua nekad. Masa minggu akhir, gua dah nekad nak derma rm10 kat masjid gua solat jumaat kat penjara kluang uhh. Gua memang niat gua nak derma sambil berdoa gua nak result yang baik untuk SPM gua. (mase nyh result spm dah nak kua).
Jadi sekarang duet gua tinggal rm20. So gua pun go on jelah pandai2 lah jimat nak beli air 100plus kalau ada aktiviti fizikal lagi lepas nyh.

Ok, hari yang di tunggu tunggu, gua dah tamat latihan. Yg aku ingat, tamat latihan je, aku terus balik tukar baju, lepas tuh arol, harith ngn naziri datang amek aku. Lepas uh amek syed haiye dan muzani kat airport. Esoknye hari result, dan result dah dapat. Gua pun buat macam biasa. Result gua sempoi2 jelah. Boleh laa. Takat sains B takde hal.

Dah melalut lebih, sebenarnya aku nak cakap selepas result aku itu, ada satu kejutan yang betul2 aku teruja. Nikmat Allah dengan KeberkatanNya . Alhamdulillah aku bersyukur. Secara tiba-tiba selepas aku dapat result SPM yang boleh nak dibanggakan siket, datang dua orang Hamba Allah . Secara tak langsung terus bagi aku hadiah. Mereka bagi apa? Seorang kasi aku wang bernilai 100 kali ganda wang yang aku dermakan kat mesjid penjara tuh dan seorang lagi hadiahkan aku dengan nilai 50 kali ganda, At first, aku terpikir, ini hanyalah sekadar penghargaan bagi result spm yang aku dapat.
Tapi, lepas aku luaskan fikiran, sujud syukur, aku terus muhasabah diri. OHH aku teringat yang niat aku nak dermakan rm10 kat masjid uhh pasal nak result SPM yang baik plus ini adalah ganjaran harta oleh Allah. Aku menangis, bersyukur dan rasa rendah diri.

Korang mesti terfikir apa sebenarnya yang aku nak sampaikan kan? SORY AKU NAK CAKAP AWAL2 aku bukan nak bangga atau nak menunjuk-nunjuk yang aku nie seorang yang kuat menderma atau apa apa yang korang fikirkan. Sebenarnya aku terpanggil untuk menghayati sebuah potongan hadis, iaitu sebaik-baik amalan adalah kecil tapi berterusan . Oke, semenjak peristiwa tersebut, aku terus terpanggil untuk mengamalkan seruan tersebut terutamanya dalam hal menderma. Kenapa? Oke sebenarnyakan, bila kita derma, secara tak langsung kita dapat menyucikan harta bende kita. Ini akan menghilangkan rasa tamak, takbur, riak dan sebagainya yang buruk akibat memiliki harta dunia yang tak seberapa ini.

Kadang2 orang pelik dengan aku, kenapa aku boleh lepak je tengok bola kat pg, larkin, paroi, bukit jalil, beli tiket bola, bayar tambang, duit minyak, makan minum sana sini walhal aku nie sekadar penganggur geseran yang menunggu masuk ke universiti? Sejak peristiwa tuh, aku terus istiqamah. Tiap kali solat jumaat mesti dermakan duit kita seikhlas hati . Tak kiralah 20sen asal yang penting hati ikhlas. Bukan apa? kerana bila kita derma nie, harta kita dimurahkan dan diberkati oleh Allah.

Mesti korang bosan kalau aku cerita pasal agama tapi takda contoh? Oke, aku nak cerita contoh terbaru. Baru baru nie aku pergi carik baju raya, bersama Nazzarul, roy dan penyu. Aku cume ade rm300 untuk beli sepasang baju melayu dan kasut ke ke kuliah di universiti nanti. Baju kat angsana mahal2. Tuptaptuptap lepas carik, dapat lah satu baju. Aku angkat baju tuh rm110. So, aku ade balence lagi rm190. Secara tak langsung aku pun beli kasut yang harganya cume rm170(kualiti bagus dan puas hati dengan harganya). Apa yang aku nak cakap kat sini, dengan duit rm300 uhh, rezeki aku dipermudahkan Allah taala. Diberkati. Baju pun cantik dan kasut pun selesa untuk dipakai.

Bukan apa, kadang2 ade orang dia ada harta berjuta juta tapi dia tak dapat nikmat dia pakai harta tersebut. Kadang2 sekelip mata duit uhh habis, Tak pun kadang2 ada orang harta dia cume tinggal rm2000. tapi kedekut seringgit pun taknak derma, habis cam uhh jeq. Dia tak rasa apa yang dia beli.

Oke fine, apa tujuan utama aku nak cakap kat sini ialah, kita jangan kedekut nak derma untuk sucikan harta dan hati kita. Dermalah kat masjid walau hanya rm1 atau 50sen yang penting ikhlas. Dan masa nak derma uhh, korang doa dalam hati "Ya Allah, Permudahkanlah urusanku, sucikan hatiku, sucikan rezekiku dan murahkanlah rezeki ku." Selepas korang baca post ini, cuba kau niat nak amalkan dan istiqamah dalam hati untuk derma di masjid setiap minggu secara ikhlas.. Mudah2han urusan kita sebagai pelajar yang sentiasa memerlukan wang untuk menyara kehidupan harian kita akan dipermudahkan. Aku juga pegang kata2 Dr Fadzilah Kamsah, dia cakap kalau kita nak rezeki dimurahkan, urusan lancar, dan keluar dari masalah hutang, pertama sekali bagi derma walau sesen secara ikhlas.dan kedua bagi makan kat binatang. Insyaallah, rezeki dipermudahkan dan dimurahkan. Alangkah Nikmatnya hidup ini apabila urusan wang dapat dijalankan dengan sempurna :))


p/s: jangan ingat semua orang kaya yang ada harta juta2 dapat menikmati duit diorang, tak salah jadik kaya tapi yang penting harta dan hati mesti suci.

p/s 2: aku ade banyak lagi cerita pasal nie, aku tak leh lah cerita kat sini nanti orang ingat aku nie takbur atau riak. So, kalau aku tengah lepak kat mamak atau warung makdi, kalau nak tanya aku apa lagi pengalaman menarik yang aku dah rasa pasal bende nie, just sebut "pak, sambung cerita post nombor tiga"

Lampiran :



       Kekayaan wang ringgit tak menjamin kebahagiaan jika keberkatan dan keredaan tak dicari.


      Bersedekahlah secara ikhlas walaupun 20sen kerana tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima :))

2 comments:

  1. aku sukalah..insyallah aku pun nak cuba jugakla =)

    ReplyDelete
  2. good aleyamira. all the best . selamat mencuba :))

    ReplyDelete