Monday 15 August 2011

Pecah Idea - Kebangkitan Asia, Mereka Boleh Kita Pun Mesti Boleh

Assalamualaikum, hello dan selamat sejahtera. Mungkin ramai yang tertunggu-tungu akan post aku . Seperti yang mana kita korang tahu, siapa tak kenal aku yang terlalu obses dengan bola sepak? Hahahaha. Dan kali ini memang aku nak bercerita tentang bola sepak Malaysia. Bagi yang tak minat bola sepak, korang jangan tak baca pasal bende alah berkaitan bola sepak yang aku nak ceritakan kerana semestinya ia akan memecahkan idea korang dari segi knowledge. Sekurang kurangnya, kalau ada yang kutuk bola sepak Malaysia, korang ade point nak melawan atau beta (bukan sarap).

Ok, aku nak kongsi kat korang sebenarnya, selepas kegagalan Malaysia melayakkan diri ke pusingan ke-3 dalam kelayakan Piala Dunia 2014, sememangnya minggu itu adalah minggu yang amat sedih bagi aku. Tapi disebabkan aku gagah mengawal perasaan, aku masih tidak melakukan kerje-kerje bodoh yang dilakukan segelintir orang yang kurang profesional apabila pasukan kegemaran dan kesayangan mereka tewas seperti melepaskan singa dari zoo, membaling bom tangan ke arah pemain dan penyokong lawan,kencing berdiri di atas kerusi grandstand stadium malah mencukur rambut , bulu kening dan tatoo pada badan mereka dengan menggunakan pisau toreh getah.

Sememangnya, atas dasar profesional, aku menonton semula perlawanan bola sepak tersebut. Ternyata apa yang aku nak katakan adalah pemain Malaysia sememangnya kurang dari segi pengalaman beraksi tidak kira sama ada bagi peringkat domestik mahupun antarabangsa. Kalau kita semua mengutuk tindakan singapura mengimport pemain import dari luar negara, aku berpendapat kita tidak perlu mencemuh mereka dengan tindakan tersebut. Ini disebabkan kerana itulah cara terbaik bagi mereka untuk meningkatkan prestasi permainan bola sepak mereka. Sebagai seorang yang profesional terutamanya dalam kalangan kita yang bakal dan telah bergelar mahasiswa, kita harus sentiasa berfikiran positif.



Korang masih ingat tak mase form 3, kita ada belajar tentang Jepun pasal Asia Untuk Orang Asia, Kawasan Kesemakmuran Bersama Timur Raya menunjukkan bangsa jepun telah maju dari segi peperangan. Malah masa form 5, kita ada belajar tentang mantan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang dasar Pandang Ke Timur. Oke fine aku tahu penghayatan sejarah korang kurang kecuali budak2 top sejarah seperti nazzarul dan syed haiye.

Apa yang aku cuba nak sampaikan adalah, cuba kita lihat kemajuan bola sepak yang berjaya dicapai oleh pasukan bola sepak Jepun dan Korea Selatan. First sekali cuba kau tengok majunya bola sepak Jepun, Mereka melayakkan diri dalam Piala Dunia buat pertama kali pada tahun 1998 di Perancis. Untuk pengetahuan korang, mereka layak menerusi play-off dengan Iran yang dijalankan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin Johor Bahru. Korang percaya tak Stadium Larkin??? yang acai ngn kerek lari 800m, mall lari 100m tak geti pakai stater point. tak caya tengok sini!!! Oke fine, seterusnya mereka juga berjaya menganjurkan Fifa WC 2002 bersama Korea Selatan, melayakkan diri dalam piala dunia 2002(tuan rumah), 2006 dan 2010. Juara Piala Asia sebanyak 3 kali pada tahun 1992,2004,2004,2011 dan baru baru ini pasukan wanita mereka berjaya juara Piala Dunia Wanita buat pertama kali.

Aku bukan lah nak agung agungkan sangat bekas penjajah kita itu tapi apa yang aku nak cakap adalah KITA PERLU BELAJAR DARI MEREKA. Macam mana ? Rata rata pemain dari pasukan bermain dari liga Luar Negara. Oke.contohnya Keisuke Honda yang bermain bagi pasukan CSKA Moscow di Russia, Shinji Kagawa dari team Borussia Dortmund malah Takashi Usami yang lahir tahun 1992 bermain untuk team Bayern Munich.  Untuk pengetahuan korang, itu baru sahaja pemain bagi posisi penyerang , belum lagi posisi yang lain. Jadi, TIDAK HAIRANLAH RANKING MEREKA BAGI NEGARA ASIA ADALAH NO 1 dan RANKING MEREKA DI DUNIA ADALAH NO16. Pemain-pemain mereka memiliki banyak pengalaman beraksi dari serata dunia untuk setiap posisi.

Dalam bola sepak, bende yang paling penting adalah pengalaman. Sedangkan pemain bola sepak berusia 18 tahun di Eropah yang bermain untuk taraf profesinal telah bermain sebanyak 100 kali perlawanan bola sepak secara formal seumur hidup. Aku nak ceritakan kat korang masa tentang pengalaman aku masa perlawanan Malaysia vs Liverpool di Anfield Malaysia pada 16 Julai 2011 yang lalu, semasa dalam perjalanan ke stadium dengan menaiki LRT yang agak sempit dan sendat , aku berbual dengan seorang warga belanda dan anaknya . Beliau menyatakan anaknya kini baru berusia 11 tahun dan sudah bermain untuk pasukan PSV Eindhoven bawah 12 tahun. Apa yang aku nak rumuskan , mereka sudah memiliki pemain pelapis bagi kelab mereka, malah bagi pasukan Belanda.

Kalau nak dibandingkan dari segi fizikal pula, hakikatnya memang kita masih kerdil kerana saiz tetapi sebenarnya isu ini tidak boleh dibangkitkan. Kita refer kepada Jepun kembali, saiz badan mereka juga lebih kurang sama , malah sememangnya lebih kecil. Kalau nak dibandingkan dengan saiz pemain bola sepak dari timur tengah memanglah kita masih kerdil tetapi pasukan Jepun dah buktikan mereka dah tewaskan pasukan Arab Saudi 5-0 dalam perlawanan kumpulan B Piala Asia 2011.

Wah, sememangnya aku gerun dengan pencapaian mereka namun bukan lah untuk aku memuja kehebatan mereka kerana aku masih taat pada negara aku. Walau bagaimana sekalipun prestasi yang ditunjukkan pasukan bola sepak negara, aku masih berdiri di belakang mereka. Jika diberi kesempatan untuk menghadirkan diri ke stadium bagi perlawanan Malaysia, aku akan hadir. Apa yang penting, kita perlu keluar dari zon selesa untuk menjadi lebih maju. Keluarlah dari kepompong pemikiran sempit yang masih sentiasa kurang percaya dengan kebolehan diri sendiri. Jangan suke nak cari kesalahan orang lain sebaliknya kenal pasti kelemahan kita dan perbaikinye sebaik mungkin. Belajarlah menimba ilmu dengan bangsa bangsa yang telah jauh lebih maju daripada kita agar pemikiran minda kita tidak terlalu sempit . Kebangkitan Asia, Mereka Boleh Kita Pun Mesti Boleh. Jumpa next post. Bai.

Lampiran:



                                                Keisuke Honda : Japan dan CSKA Moscow


                   Kejayaan AFF Suzuki Cup masih terasa, namun kita tidak seharusnya hanya digelarkan juara kampung oleh pasukan dari rantau dan benua lain.

             Peristiwa ini masih tak dapat aku lupakan kerana aku menyaksikan sendiri secara live depan mata walaupun aku duduk di tingkat 3.

No comments:

Post a Comment